You are here: Home Lifestyle Travel & Tourism agoda.com menyeru delegasi-delegasi menempah hotel sekarang untuk ITB Berlin...

agoda.com menyeru delegasi-delegasi menempah hotel sekarang untuk ITB Berlin 2012

February 14, 2012

agoda.com hari ini mengumumkan kadar-kadar terbaru untuk delegasi-delegasi yang bakal ke Berlin untuk ITB.




FOR IMMEDIATE RELEASE
(Free-Press-Release.com) February 14, 2012 -- SINGAPURA (15 Februari, 2012) – agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan kadar-kadar terbaru untuk delegasi-delegasi yang bakal ke Berlin untuk ITB.

ITB Berlin merupakan salah satu acara perdagangan utama bagi industri pelancongan, dihadiri beribu-ribu peserta pameran antarabangsa, pembeli dan wartawan setiap tahun. Persidangan ini, berlangsung pada 7-11 Mac, memberikan peluang kepada delegasi-delegasi dan media untuk berkenalan, berunding dan mengetahui perkembangan semasa tentang trend dan teknologi pelancongan terkini.

Komponen acara Konvensyen ITB berlangsung dari 7 hingga 9 Mac dan menjemput para pelawat menghadiri seminar-seminar dan bengkel-bengkel oleh tokoh-tokoh utama industri ini. Orang ramai dijemput hadir pada 10 dan 11 Mac untuk melihat pameran dan mendapatkan inspirasi pelancongan dan pemahaman tentang destinasi seluruh dunia.

Tema utama Konvensyen ITB untuk para pelawat termasuk: pelancongan remaja, lasak dan eko-pelancongan, pelancongan budaya, kesihatan, teknologi pelancongan, penginapan ekonomi dan ‘dunia eTravel’, satu segmen baru yang menyentuh tentang kepentingan media sosial dan perkhidmatan mobil dalam industri pelancongan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ITB ke atas tanggungjawab sosial korporat, satu Hari CSR khusus akan menekankan kemajuan penting industri dalam semua aspek pelancongan bertanggungjawab. Tumpuan utama tahun ini adalah ‘Pelancongan Mudah Akses’, di mana perbincangan akan bertumpu kepada cara-cara bagaimana syarikat-syarikat boleh menjadikan pelancongan mudah diakses untuk semua, tidak kira umur atau halangan fizikal.

ITB diadakan di pusat pameran Messe Berlin dalam daerah Charlottenburg, yang mudah diakses menggunakan keretapi atau bas. Sebagai menyokong pemampanan alam sekitar, ITB di Messe Berlin menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan bahan-bahan yang dikitar semula seboleh mungkin dan menggalakkan para pelawat membeli kredit karbon dalam talian di www.atmosfair.com .

Para hadirin ke ITB Berlin patut menempah hotel mereka di Berlin secepat mungkin untuk mendapatkan tawaran terbaik dan mengelak terlepas hotel pilihan mereka. Agoda.com telah mendapatkan seleksi harga yang susah didapati di hotel-hotel Berlin berikut.


Tawaran hotel untuk ITB Berlin agoda.com

Hotel Ku'Damm 101 3.5*
Kadar dari RM 429 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Jimat 20%

Adina Apartment Berlin Hackescher Markt 4*
Kadar dari RM 695 setiap malam.

Hotel Gat Point Charlie 4*

Kadar dari RM 435 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 20 hari lebih awal. Jimat 7%

Savoy Berlin Hotel 4*
Kadar dari RM 726 setiap malam.

Kempinski Hotel Bristol 5*
Kadar dari RM 919 setiap malam.

Best Western President Hotel Berlin 4*
Kadar dari RM 611 setiap malam.

Axel Hotel Berlin 4*
Kadar dari RM 623 setiap malam.

TRYP Berlin Mitte Hotel by Wyndham 4*
Kadar dari RM 496 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Jimat 30%

AZIMUT Hotel Berlin Kurfürstendamm 4*
Kadar dari RM 517 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal. Jimat 15%

Upper Room Hotel 3*
Kadar dari RM 626. Kadar tanpa pulangan wang – jimat 5%.


free-press-release.com Agoda     berlin     hotel Berlin     itb berlin 2012

Share |


Contact Information

  • Name: Sakinah Hassan

    Company: Agoda

    Email: ***@agoda.com





Upcoming Trade ShowNew Press NewsNew Exclusive News More Press News

  • Korea International Boat Show When: 2012.05.30~2012.06.03
    Where: Hwaseong City,Korea Republic
    Industry:
  • Baltic Marine Festival When: 2012.05.31~2012.06.03
    Where: St. Petersburg,Russia
    Industry: Sports & Entertainment
  • Bead and Button Show 2012
    Bead and Button Show 2012 When: 2012.05.31~2012.06.10
    Where: Milwaukee,United States
    Industry: Sports & Entertainment


  • Post your news to the World.See you news here immediately. It's easy and free!
    Create free account or Login.